Thursday, January 14, 2010

Cerita dan hal menarik berhubung doa


"Aku petik cerita menarik ini dari Tafsir Al-Azhar yang di karang oleh ulamak terkenal Dr HamkaSurah al-Mu'min ayat 60: "Berserulah kepadaKu, niscaya akan Aku perkenankan bagimu"

Permohonan doa yang paling buruk ialah jika Allah di jadikan sebagai "jembatan" sahaja untuk menuju suatu keinginan. Bila keinginan telah tercapai, Allah pun dilupakan..

Jangan gelisah atau mengeluh jika yang diminta tidak lekas terkabul. kerana yang demikian itu adalah tanda bukti bahawa ma'rifat kepada Allah belum ada. Yang ada barulah mementingkan diri sendiri.

Maka tersebutlah didalam suatu riwayat bahawa adalah seorang hamba Allah datang menghadap manadahkan tangan nya berdoa memohon sesuatu. setelah mendengar bunyi doanya, berfirman Allah kepada malaikat: " Beri apa yang di minta oleh hamba Aku itu. Tetapi jangan lekas-lekas diberikan. kerana Aku senang sekali mendengarkan doa nya"

Lalu mendoa pula hamba yang lain.
Maka berfirman Allah kepada malaikat " " Berikan lekas-lekas apa yang diminta nya, biar dia segera pergi. Kerana Aku tak senang mendengarkan suaranya."

Hadis di rawikan oleh Termizi dengan sanad dari Abdullah bin Mas'ud:. "Barangsiapa yang yang ingin gembira bahawa Allah akan mengabulkan permohonan nya di waktu dalam kesulitan, hendaklah dia memperbanyakkan doa di waktu dia dalam kelapangan'"

Tuesday, January 12, 2010

15 penyebab bala


"Bersabda Rasulullah SAW antara lain maksudnya : "Bala pasti menimpa ke atas umatku jika mereka sewenang-wenangnya melakukan 15 perkara ini:

1. Apabila kekuasaan dianggap keuntungan.

2. Amanat dianggap ghanimah (harta rampasan perang).

3. Membayar zakat dianggap merugikan.

4. Suami tunduk pada isterinya.

5. Durhaka terhadap ibu.

6. Mentaati kawan yang menyimpang dari kebenaran.

7. Membenci ayah.

8. Bersuara keras (menjerit-jerit) di masjid.

9. Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya.

10. Orang ditakuti (dihormati) kerana kejahatannya.

11. Minum arak berleluasa.

12. Semakin ramai lelaki memakai sutera.

13. Wanita menari di khalayak umum dianggap perkara biasa.

14. Permainan muzik merata-rata.

15. Umat akhir zaman ini sewenang-wenangnya mengutuk umat-umat permulaan termasuk para sahabat Nabi SAW, tabi'in dan para imam mu'tabar.

Maka ketika itu turunlah azab berupa angin merah, atau gempa, runtuhan atau kemusnahan."

Hadith riwayat Al-Tirmidzi dari Saidina Ali r.a."

12 azab bagi mereka yang meninggalkan solat


"Dalam sebuah hadis menerangkan bahwa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

· Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.


· Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
· Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

· Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
· Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
· Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-

· Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
· Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
· Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

· Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
· Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
· Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka."

2 Malaikat

budokNakal menulis - "Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan.

Malaikat yang di kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?" Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."
Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam." Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia. "

9 mimpi Rasulullah S.A.W

Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG
KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA
ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Sunday, January 3, 2010

AL-QURAN DAN YAYASAN RESTU


1. Yayasan Restu adalah sebuah badan bukan Kerajaan yang giat dalam pengeluaran Al-Quran yang dihias dengan lukisan bunga dan tumbuh-tumbuhan gaya Al-Quran tulisan tangan di zaman dahulu.

2. Yayasan Restu telah melatih penulis khad sehingga mereka dapat menulis dengan tangan Al-Quran dengan sepenuhnya.

3. Sekarang Yayasan Restu telah berjaya mengeluarkan Al-Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang disahkan oleh Jabatan yang bertanggungjawab dalam Kerajaan.