MENGERJAKAN UMRAH
Alhamdulillah, Tahun 2009 membuka tirai dan lembaran baru. Waktu cuti sekolah dinantikan sebilangan kita. Ini adalah peluang bagi pegawai-pegawai kerajaan menunaikan umrah bersama anak-anak atau keluarga. Almaklum, cuti sekolah inda ada kan dingaukan. Waktu berehat dan peluang bersama-sama menikmati cuti persekolahan.
Melancong sambil beribadat memberikan peluang untuk mendapat redha ALLAH kerana keutamaan ziarah telah digariskan dalam hadis Rasulullah di tiga tempat iaitu Masjidil Haram di Makkah, Masjid an-Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin.
Pekerjaan ibadat umrah inda sesibuk pekerjaan ibadat haji. Ibadat Haji memerlukan tenaga, masa dan tempat yang berlainan untuk dikerjakan. Berbanding pekerjaan Ibadat Umrah hanya dikerjakan sedikit masa dan tempat. Umrah dikatakan haji kecil dan rengkas.
Pada kebiasaan perjalanan umrah mengikuti Pakej Darussalam Holdings, kita akan dibawa beberapa hari di Madinah dan selebihnya berada di Mekkah. Bakal jemaah Umrah dikehendaki menyediakan senarai di bawah ini;
|
Pekerjaan wajib haji ada 6, manakala wajib umrah cuma ada 2 iaitu Berniat Ihram di Miqat dan Meninggalkan Perkara-perkara yang Diharamkan Semasa Berihram. Melaksanakan 5 rukun Umrah;
- Niat Ihram.
- Tawaf.
- Sa’ie.
- Bercukur / Bergunting.
- Tertib.
Apabila selesai saja beberapa hari berada di Kota Suci Madinah, jemaah akan bertolak ke Kota Suci Mekkah. Di sinilah bermulanya perjalanan Umrah. Dengan singgah di Bir Ali (tempat Miqat) setelah memakai dengan lengkap pakaian ihram dari hotel di Madinah, jemaah berniat dengan niat ihram umrah.
Melebihi 498 kilometer perjalanan dari Madinah ke Mekkah, mengambil masa 6 ke 8 jam, memerlukan kesabaran dalam diri jemah. Dengan kemudahan tandas dalam bas persiaran moden ketika ini, mengurangkan kegelisahan pada jemaah. Hanya sekali sahaja bas akan singgah di dalam perjalanan ini. Ini memberi peluang pemandu bas berehat dan jemaah mengerjakan sembahyang. Di sinilah perlunya jemaah mengetahui cara-cara mengerjakan Solat Jamak dan Qasar.
Apabila jemaah selamat sampai di Kota Suci Mekkah, setelah menyimpan beg masing-masing dan berehat melepaskan lelah di bilik hotel, jemaah akan turun ke Masjidil Haram untuk mengerjakan Tawaf mengelilingi Baitullah 7 kali, Sa’ie berulang alik dari Safa ke Marwah 7 kali dan bercukur (atau bergunting melebihi 3 helai rambut), maka selesailah pekerjaan umrahnya.
Selesai bergunting, jemaah balik ke hotel dan menyalin pakaian. Sepanjang menginap di Kota Suci Makkah, jemah melakukan aktiviti biasa dan beribadat di Masjidil Haram. Sementara masa masih ada dan menunggu hari pulang, jika jemaah berkeinginan mengerjakan umrah lagi, jemaah bolehlah memulakan sepertimana perbuatannya sebelum berangkat meninggalkan Madinah, jemaah berpakaian ihram menuju ke Ja’ranah atau Tan’aim untuk berniat ihram di sana. Perkhidmatan bas atau teksi boleh didapat di sekitar luar Masjidil Haram untuk membawa ke salah satunya.
No comments:
Post a Comment