Thursday, November 19, 2009

parang kelewang

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCD3J3DVIHM03VNgbETaRq4eKM3S5Jw5GABRIDlm6TEhOft3rM2KrYvMjDX3Z6YHfQt-YWW9c_FEWeuNOEn2SjUthMCTlWX2-ubRcF1NUbqRD8hoG9ZmtgKQA2n6SqalzvKNvWCLpx2VTd/s320/kelewang.jpg

Kelewang Kelantan. Senjata ini amat popular dan menjadi kegemaran masyarakat kelantan di samping kapak. Ini kerana apabila menetak ia lebih stabil. Tedapat sejenis lagi kelewang yang dipanggil kelewang jambul. Bezanya hanya tambahan jambul pada bahagian atas sahaja.
Kadang-kadang bahagian hujung kelewang dicucuk pada benda-benda seperti putik kelapa yang saiznya lebih kecil daripada penumbuk. Ini dilakukan katika kelewang ini dibawa berjalan dalam kumpulan atau kawasan orang ramai. Ini kerana hujungnya yang tajam dikhuatiri akan tercucuk kepada orang yang berada berdekatan.